Sabtu, 30 Januari 2016

Saya tinggalkan formula 66:3x9=27

Pada 30 Jan 2016, pengkongsian pertama bagi diri saya tahun ini di sebuah Gereja di Kampung Sebayor, Kota Samarahan.

Saya dipersiapkan untuk mengajar dalam kelas pemuridan pemuda-pemudi dan ada juga para ibu yang turut hadir mendengar pengajaran. Topik yang bawakan ialah Alkitab.

Pada penglihatan saya yang hadir rata-ratanya terdiri daripada adalah kaum perempuan dan amat sedikit sekali remaja lelaki yang hadir. Saya tidak mahu membuat kesimpulan buruk mengenai remaja lelaki kenapa ini berlaku? Saya berfikiran positif bahawa kehadiran ramai dalam kalangan kaum perempuan sesuatu yang sangat baik oleh kerana mereka akan bergelar ibu kepada anak-anak mereka suatu hari nanti. Maka sangat baik mereka diperlengkapkan dengan pengajaran firman Tuhan supaya mereka boleh menjadi ibu yang mendorong keluarga dan anak-anak mereka pada masa hadapan.

Penganjaran yang saya bawa berkisar tentang latarbelakang dan sejarah alkitab secara dasar. Sekali lagi apa yang perolehi daripada pertanyaan-pertanyaan yang saya ajukan iaitu rata-rata remaja yang hadir tidak tahu berapa jumlah bahagian yang terdapat dalam Alkitab dari Kejadian sehinggalah Wahyu. Namun, saya simpan segala kepincangan itu ketepi dan teruskan semangat untuk mengajar mereka semua sehingga tamat.

Saya berterima kasih atas kesempatan mengajar dan menjadi salah seorang daripada yang memuridkan mereka. Saya berdoa kepada Tuhan agar mereka terus diberikan kerinduan untuk mengenal Tuhan melalui pembacaan firman Tuhan.

Saya tinggalkan mereka dengan formula 66 bahagian dalam Alkitab yang mengandungi 39 perjanjian lama dan 27 perjanjian baru.

Formula 66: 3x9 = 27.

















Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis setiap hari.