Sabtu, 15 Julai 2017

Kem Permata Harapan 2017 gabungan Sekolah Menengah Teknik Sejingkat dan Muda mudi dari St Francis Kota Samarahan

Pada 15 Julai 2017, saya berkesempatan berkongsi firman Tuhan di dalam Kem Permata Harapan 2017 gabungan Sekolah Menengah Teknik Sejingkat dan Muda mudi dari St Francis Kota Samarahan. Saya berkongsi mengenai bagaimana bertumbuh di dalam iman. Di bawah merupakan slide perkongsian saya.


Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis.

Jumaat, 23 Jun 2017

Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran, karena mereka akan dipuaskan

23 Jun 2017, saya berkesempatan berkongsi firman Tuhan dalam perkumpulan muda-mudi St. Francis, Kota Samarahan. Sekali lagi saya berkongsi tentang kepentingan firman Tuhan. Saya membawa kisah Ezra yang membawa orang Isreal kembali ke tanahair mereka dari pembuangan.

Mereka mengadakan pesta membaca kitab Taurat sebagai tanda kesyukuran mereka setelah selama lebih 70 tahun tidak mendengar Taurat.

Pesan moden hari ini, sebagai golongan muda-mudi kita harus senantiasa membaca dan merenungkan firman Tuhan kerana itu satu-satunya cara untuk kita mengenal Tuhan. Sumber pengetahuan tentang Tuhan iaitu tindakan Tuhan dalam sejarah.

Tuhan Yesus berpesan tentang kebahagiaan di dalam Injil Matius 5:6  Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran, karena mereka akan dipuaskan.

Terima kasih atas kesempatan ini.

Ahad, 28 Mei 2017

Perkongsian daripada Kisah Ezra

Shalom semua. ‘…Selalunya menguruskan orang mati, namun pada ini menguruskan/memberikan orang yang hidup makanan rohani…’

Orang mati tidak bernyawa dan terbaring kaku – mudah di uruskan. Orang hidup bernyawa dan bergerak – sukar di uruskan.

Apa lagi Perdana Menteri untuk menguruskan 30 Juta Rakyat Malaysia, Ketua Menteri menguruskan kira-kira 2 juta daripada 34 etnik di negeri ini. Seorang gembala yang menguruskan gereja. Seorang Bapa yang menguruskan keluarganya. Sudah tentu ada tekanan dan karenahnya tersendiri.

Sebelum kita kembali ke rumah Bapa Syurgawi, kita perlu buat persediaan dan mengurus diri terlebih dahulu. Terdapat tiga perkara asas yang harus kita uruskan ATAU Sedia sebagai orang yang telah percaya harus lakukan supaya terus bertumbuh di dalam Tuhan. (1) Rajin berdoa – hubungan intim dengan Bapa di Syurga (2) Rajin mempelajari firman Tuhan (3) Rajin bersekutu dengan sesame orang percaya.

Pada kesempatan kali ini, saya ingin berfokus kepada perkara yang kedua iaitu Rajin mendengar dan mempelajari firman Tuhan.