Orang mati tidak bernyawa dan terbaring kaku
– mudah di uruskan. Orang hidup bernyawa dan bergerak – sukar di uruskan.
Apa lagi Perdana Menteri untuk menguruskan
30 Juta Rakyat Malaysia, Ketua Menteri menguruskan kira-kira 2 juta daripada 34
etnik di negeri ini. Seorang gembala yang menguruskan gereja. Seorang Bapa yang
menguruskan keluarganya. Sudah tentu ada tekanan dan karenahnya tersendiri.
Sebelum kita kembali ke rumah Bapa Syurgawi,
kita perlu buat persediaan dan mengurus diri terlebih dahulu. Terdapat tiga
perkara asas yang harus kita uruskan ATAU Sedia sebagai orang yang telah
percaya harus lakukan supaya terus bertumbuh di dalam Tuhan. (1) Rajin berdoa –
hubungan intim dengan Bapa di Syurga (2) Rajin mempelajari firman Tuhan (3)
Rajin bersekutu dengan sesame orang percaya.
Pada kesempatan kali ini, saya ingin
berfokus kepada perkara yang kedua iaitu Rajin mendengar dan mempelajari firman
Tuhan.