Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis.
Robin Maramat
Sabtu, 15 Julai 2017
Kem Permata Harapan 2017 gabungan Sekolah Menengah Teknik Sejingkat dan Muda mudi dari St Francis Kota Samarahan
Pada 15 Julai 2017, saya berkesempatan berkongsi
firman Tuhan di dalam Kem Permata Harapan 2017 gabungan Sekolah Menengah Teknik
Sejingkat dan Muda mudi dari St Francis Kota Samarahan. Saya berkongsi mengenai
bagaimana bertumbuh di dalam iman. Di bawah merupakan slide perkongsian saya.
Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis.
Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis.
Jumaat, 23 Jun 2017
Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran, karena mereka akan dipuaskan
23 Jun 2017, saya berkesempatan berkongsi
firman Tuhan dalam perkumpulan muda-mudi St. Francis, Kota Samarahan. Sekali
lagi saya berkongsi tentang kepentingan firman Tuhan. Saya membawa kisah Ezra
yang membawa orang Isreal kembali ke tanahair mereka dari pembuangan.
Mereka mengadakan pesta membaca kitab Taurat
sebagai tanda kesyukuran mereka setelah selama lebih 70 tahun tidak mendengar
Taurat.
Pesan moden hari ini, sebagai golongan muda-mudi
kita harus senantiasa membaca dan merenungkan firman Tuhan kerana itu
satu-satunya cara untuk kita mengenal Tuhan. Sumber pengetahuan tentang Tuhan
iaitu tindakan Tuhan dalam sejarah.
Tuhan Yesus berpesan tentang kebahagiaan di dalam Injil Matius 5:6 Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan
kebenaran, karena mereka akan dipuaskan.
Terima kasih atas kesempatan ini.
Ahad, 28 Mei 2017
Perkongsian daripada Kisah Ezra
Shalom semua. ‘…Selalunya menguruskan orang
mati, namun pada ini menguruskan/memberikan orang yang hidup makanan rohani…’
Orang mati tidak bernyawa dan terbaring kaku
– mudah di uruskan. Orang hidup bernyawa dan bergerak – sukar di uruskan.
Apa lagi Perdana Menteri untuk menguruskan
30 Juta Rakyat Malaysia, Ketua Menteri menguruskan kira-kira 2 juta daripada 34
etnik di negeri ini. Seorang gembala yang menguruskan gereja. Seorang Bapa yang
menguruskan keluarganya. Sudah tentu ada tekanan dan karenahnya tersendiri.
Sebelum kita kembali ke rumah Bapa Syurgawi,
kita perlu buat persediaan dan mengurus diri terlebih dahulu. Terdapat tiga
perkara asas yang harus kita uruskan ATAU Sedia sebagai orang yang telah
percaya harus lakukan supaya terus bertumbuh di dalam Tuhan. (1) Rajin berdoa –
hubungan intim dengan Bapa di Syurga (2) Rajin mempelajari firman Tuhan (3)
Rajin bersekutu dengan sesame orang percaya.
Pada kesempatan kali ini, saya ingin
berfokus kepada perkara yang kedua iaitu Rajin mendengar dan mempelajari firman
Tuhan.
Ahad, 25 Disember 2016
Firman yang menjadi manusia, Yohanes 1:1-2
Setiap tahun pada 25
Disember, kita akan diperdengarkan perkongsian atau khotbah mengenai kelahiran
Tuhan Yesus Kristus. Pada kali ini, sarawakdoaku membawa kelainan iaitu
perkongsian yang berbicara mengenai Firman yang menjadi manusia.
Alkitab berbicara
bahawa Yesus adalah Firman. Yesus bukan sahaja berbicara malah diriNya sendiri
adalah Firman. Jesus is
the Word of God. He didn’t just speak the word of God. He is the Word. Sekali
lagi ditegaskan, Dia sendiri adalah Firman. Dialah Kalimatullah
yang bermaksud Firman Tuhan.
Jumaat, 25 November 2016
Panggilan Tuhan dalam pelayanan
Shalom. Pada malam hari Jumaat 25/11/2016,
jam 8.00malam saya berkesempatan mengajar kembali di sebuah Gereja di Kota
Sentosa, Kuching dalam kelas pemuridan. Kali ini saya diberikan tugasan untuk
mengajar tentang panggilan Tuhan kepada kita semua yang percaya.
Langgan:
Catatan (Atom)