Setiap tahun pada 25
Disember, kita akan diperdengarkan perkongsian atau khotbah mengenai kelahiran
Tuhan Yesus Kristus. Pada kali ini, sarawakdoaku membawa kelainan iaitu
perkongsian yang berbicara mengenai Firman yang menjadi manusia.
Alkitab berbicara
bahawa Yesus adalah Firman. Yesus bukan sahaja berbicara malah diriNya sendiri
adalah Firman. Jesus is
the Word of God. He didn’t just speak the word of God. He is the Word. Sekali
lagi ditegaskan, Dia sendiri adalah Firman. Dialah Kalimatullah
yang bermaksud Firman Tuhan.
Di dalam kitab
kejadian, kata pertamanya ialah ‘Pada mulanya’ dan begitu juga di dalam Injil
Yohanes dimulai dengan perkataan ‘Pada mulanya’.
Kejadian 1:1 Pada mulanya Allah
menciptakan langit dan bumi.
Yohanes 1:1 Pada mulanya adalah
Firman; Firman itu bersama-sama dengan Allah dan Firman itu adalah Allah.
Kitab kejadian
menulis permulaan ciptaan Tuhan sementara itu Injil Yohanes mencatatkan ciptaan
baru Tuhan. Ciptaan pertama terjadi kerana Tuhan berfirman dan ciptaan baru
juga terjadi kerana firman Tuhan. Ada kesamaan berlaku pada awalan kitab
kejadian dan Injil Yohanes. Pada kali ini saya ingin menerangkan mengenai
Yohanes 1:1
Ada beberapa
prinsip Inkarnasi yang dibicarakan berdasarkan Injil Yohanes 1:1: Pertama,
Inkarnasi bererti Tuhan menjadi manusia,
Apa itu inkarnasi
atau Incarnation atau dalam bahasa
Yahudinya εν σαρκι? Yesus Kristus, iaitu Tuhan yang
menjadi manusia. Tuhan itu Roh dan dalam misi penebusan dan penyelamatan kepada
umat manusia, Dia bersedia "menjadi daging" (IN CARNE - EN SARKI)
sebagai manusia yang "berdaging", iaitu Yesus Kristus.
Di sini sangat
penting kita harus sedar dan fahami bahawa Tuhan itu adalah Mahakuasa. Ketika mungkin
banyak orang mengatakan bahwa Dia tidak mungkin "menjelma" menjadi
manusia maka orang tersebut sedang membatasi kekuasaan Tuhan. Padahal tiada segala
sesuatu pun yang mustahil bagi Tuhan. Alkitab juga jelas menyatakan kepada kita
bahawa tidak ada yang mustahil bagi-Nya, karena Dialah Tuhan segala makhluk.
Yeremia 32:27;
Alkitab Indonesia: Sesungguhnya,
Akulah TUHAN, Allah segala makhluk; adakah sesuatu apapun yang mustahil
untuk-Ku?
King James Version: Behold, I am the LORD, the God of all flesh: is there anything too hard for me?
Bahasa Hebrew: הִנֵּה אֲנִי יְהוָה אֱלֹהֵי כָּל־בָּשָׂר הֲמִמֶּנִּי יִפָּלֵא כָּל־דָּבָר׃
Terjemahan: HINEH 'ANI YEHOVAH (dibaca: 'Adonay) 'ELOHEY KOL-BASAR HAMIMENI YIPALE' KOL-DAVAR
Secara sederhananya,
Inkarnasi bukanlah konsep murahan, tetapi prinsip dan semangat yang agung luar
biasa, iaitu Tuhan yang Mahakudus, Mahakuasa, Berdaulat, Kekal, Mahaadil,
Mahakasih, rela menjadi manusia (tanpa meninggalkan keilahinya). Mengapa Tuhan
menjadi manusia ? Dia melakukannya karena Dia begitu mengasihi kita (Yohanes 3:16).
Kasih Tuhan terbukti dengan Dia mengutus Kristus untuk menebus dosa-dosa umat
pilihan-Nya yang berdosa.
Mari kita meresponi
dengan sungguh-sungguh bahawa Firman ini yang telah Hidup, Mati dan Hidup
kembali bagi semua manusia.
Mari kita mensyukuri
kelahiran Tuhan Juruselamat Agung semua manusia.
Haleluya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan