Isnin, 31 Ogos 2015

Karektor dan sikap dalam meresponi pelbagai isu dan cabaran

Sebagai orang percaya yang hidup di negara ini, kita terbeban dengan pelbagai isu yang menguji iman dan kepercayaan kita. 

Isu penggunakan perkataan Allah di dalam Bible/Alkitab Bahasa Malaysia. Baru-baru ini juga kita resah dengan isu tanda salib yang diletakkan di luar gereja. Kegiatan permurtadan orang-orang Kristian di kawasan bandar dan pendalaman. Terdapat juga berlaku dimana anak-anak orang Kristian di cuba dimurtadkan yang berlaku di sekolah mahupun di kolej dan Universiti.


Isu-isu yang diatas sedikit sebanyak membuat orang-orang yang percaya Kristus berasa khuatir akan masa depan yang bakal dihadapi. Apatah lagi pelbagai kekangan dan keterbatasan dalam memberitakan Injil kepada semua orang terutamanya kaum terabai ataupun yang belum percaya kepada Kristus.

Ketika saya berdoa dan menyatakan keresahan hati kepada sang pencipta dan saya diperingatkan kembali supaya…

Tatkala Injil sangat tertutup untuk diterima, maka 'Karektor/Sikap' kita sebagai orang percaya dalam meresponi segala isu dan perkara dengan kasih - itu adalah Injil.















Catatan:
Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis setiap hari.

Tiada ulasan: