Akhir-akhir banyak berlaku diskriminasi,
pergeseran antara kaum dan bangsa. Bagi orang Kristian kita harus beringat
bahawa usaha memberitakan kasih Tuhan pasti terjanggal jika kita sendiri
mengaku umat Kristus tetapi sekiranya kita membenci, menghina mahupun merendahkan kaum,
bangsa atau kepercayaan orang lain.
Pertama, pesan Tuhan
Yesus Kristus di dalam Injil Yohanes 3:16 menyatakan oleh kerana begitu
besarnya kasih Allah akan dunia maksudnya begitu besar kasih Allah kepada semua
manusia tidak tertakluk kepada orang Kristian sahaja,
….maka Dia telah mengurniakan AnakNya
yang tunggal supaya semua yang percaya TIDAK akan binasa melainkan beroleh
hidup yang kekal.
Daripada pesan ini kita sebagai orang
percaya kepada Kristus diperingatkan kembali bahawa kasih Allah ini adalah bagi
semua orang.
Kedua, Tuhan Yesus
Kristus memberikan suatu hukum atau pegangan iaitu di dalam Injil Matius 22:39
hukum yang kedua, yang sama dengan itu, ialah: Kasihilah sesamamu manusia
seperti dirimu sendiri.
Pesan ini adalah suatu berupa tuntutan
Allah kepada semua orang yang percaya supaya tidak memandang suku, kaum,
bangsa, keturunan, kaya, miskin, pangkat mahupun darjat, justeru kita dipesan
Tuhan supaya mengasihi sesamamu manusia seperti dirimu sendiri.
Saya menyimpulkan orang-orang yang
mengaku percaya kepada Kristus dituntut mengasihi sesama manusia. Ini pesan
Tuhan harus dipertahankan walaupun berapa hebat cabaran sekalipun yang
mendepani kita orang Kristian.
Catatan:
Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan
pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin
membaca renungan-renungan yang saya tulis setiap hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan