Sabtu, 19 Mac 2016

Dasar yang kukuh akan menghasilkan bangunan yang teguh

Dasar yang kukuh akan menghasilkan bangunan yang teguh,
Bangunan teguh akan tetap utuh walau ribut dan badai menghempas.

Pada 18 March 2016, saya mengajar di sebuah Gereja di Jalan Sungai Tapang, Batu 7, Kuching. Sekali lagi saya mengajar topik pengenalan kepada Alkitab. Rata-rata yang hadir dari golongan muda-mudi sehinggalah ke warga emas.  Untuk kali ini, saya memulakan pengajaran dengan memberikan mereka soalan berupa pertanyaan dasar mengenai alkitab.

Segelintir mereka dapat menjawab manakala sebahagiannya tampak sukar. Ujian saya sediakan sebagai mengukur di mana tahap pengetahuan dasar mereka tentang Alkitab.

Usaha berterusan pengajaran dasar alkitab di gereja-gereja, kelompok sel mahupun di mana-mana perjumpaan orang-orang percaya adalah sangat penting pada hari ini. Orang-orang percaya menghadapi penyesatan yang dari segenap sudut samaada di sekolah, kolej, universiti, media massa seperti Televisyen, Radio, di media sosial dan banyak lagi.

Segala usaha ini juga harus melalui penyertaan Tuhan. Kita mampu merancang namun jika bukan Tuhan yang memberkati juga akan menjadi sia-sia. Saya mengambil apa yang dikatakan Raja Daud;

Jikalau bukan TUHAN yang membangun rumah, sia-sialah usaha orang yang membangunnya; jikalau bukan TUHAN yang mengawal kota, sia-sialah pengawal berjaga-jaga.
Mazmur 127:1

Begitu juga pelajar juga sangat penting meresponi setiap pelajaran yang diajar dimana mereka mempunyai keinginan yang sunguh-sungguh mahu belajar. Segala komitmen, kerjasama dan sikap yang mahu diajar adalah harus menjadi matlamat mereka.

Belajar firman Tuhan tidak pernah jemu,
Renungkanlah firmanNya siang dan malam,
Hidup kita akan berhasil dan beruntung.
Salam damai Kristus menyertai semua.

















Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis.

Tiada ulasan: