Saya mulakan
dengan memberikan gambaran apa yang dialami oleh dunia sekarang yang diuji
dengan pelbagai penyakit berjangkit seperti Zika, serangan pelampau agama yang
mengorbankan banyak nyawa, isu kejatuhan harga minyak dunia dan banyak lagi
percubaan yang harus didepani oleh masyarakat antarabangsa. Di Negara kita
Malaysia, kita juga didedahkan dengan pelbagai isu nasional dan kemelut seperti
pergolakkan politik, himpunan bersih (baju kuning), himpunan baju merah, isu
cukai GST, 1MDB banyak lagi. Kemudiannya saya sendiri membawa para pelajar
kepada permasalahan yang mungkin di alami kita di negeri Sarawak seperti kadar
kemiskinan dan pengganguran yang masih tinggi walaupun negeri kita dikatakan
ada sumber asli seperti minyak. Kekurangan kemudahan insfastruktur masih lagi
ketara dan terus membelenggu masyarakat di negeri Sarawak walaupun sudah lama membentuk
persekutuan Malaysia. Pada penghujung pembuka bicara saya turut memberikan
gambaran apa yang terjadi kepada khususnya apakah percubaan-percubaan yang di
alami oleh masyarakat Kristian khususnya kepada organisasi Gereja, Keluarga dan
individu.
Saya membawa
kelas kepada percubaan yang dialami oleh tokoh-tokoh Alkitab seperti Bapa
Abraham, Yusuf dan Ayub.
Ibrani 11:17 Karena iman maka ABRAHAM, tatkala ia dicobai, mempersembahkan
Ishak. Ia, yang telah menerima janji itu, rela mempersembahkan anaknya yang
tunggal.
YUSUF
menghabiskan waktu 14 tahun dalam penjara sebelum dia naik menjadi tangan kanan
Firaun, yang kemudian membawa orang Isreal berhijrah ke Mesir dan kisahnya
boleh dibaca dalam Kejadian 37, 38, 39.
MUSA
menghabiskan masa selama 40 tahunnya di padang gurun sebelum Allah memakai dia
untuk memimpin bangsa Israel keluar dari Mesir
Saya
menerangkan secara terperinci percubaan yang di alami sendiri oleh Tuhan Yesus
Kristus di Padang Gurun setelah dia berpuasa 40 hari di padang Gurun di dalam
Matius 4:1-11. Pada penelurusan diri
saya sendiri terdapat tiga percubaan yang dialami Tuhan Yesus sewaktu padang
Gurun iaitu ujian identiti, ujian kuasa dan ujian kesetiaan.
Serangan iblis
yang cuba menjatuhkan kita boleh dibahagikan kepada dua iaitu melalui keinginan
akan dunia dan keinginan akan daging/hawa nafsu.
Pertama, keinginan
akan dunia iaitu menarik perhatian kita supaya lebih tertumpu kepada apa yang
ditawarkan oleh dunia. Menjadikan penghormatan dan penghargaan dunia ini
sebagai sasaran yang penting. Pesan Tuhan di dalam 1 Yohanes 2:15
Janganlah kamu mengasihi dunia
dan apa yang ada di dalamnya. Jikalau orang mengasihi dunia, maka
kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu.
Kedua, keinginan daging. Oleh
kerana kita masih berada di dunia maka kita masih mempunyai keinginan daging
atau hawa nafsu. Disinilah kalau kita
tidak berhati-hati dan tidak dapat mengawal keinginan daging maka kita mudah
jatuh. Memang iblis berusaha 24 jam untuk mendapatkan kita untuk lepas dari
kasih Tuhan. Ingat setiap kali iblis kalah, dia akan mundur dan menunggu masa
yang baik untuk bertindak semula. Lukas 4:13 Sesudah Iblis mengakhiri semua pencobaan itu,
ia mundur dari pada-Nya dan menunggu waktu yang baik.
Kenapa Tuhan
mengizinkan percubaan iman dalam hidup kita?
1.
Agar
Hidup Kita Murni – Ayub 23:10
Karena Ia tahu
jalan hidupku; seandainya Ia menguji aku, aku akan timbul seperti emas.
2.
Membuktikan
Kebenaran – Yeremia 20:11-12
Ya TUHAN
semesta alam, yang menguji orang benar, yang melihat batin dan hati,
biarlah aku melihat pembalasan-Mu terhadap mereka, sebab kepada-Mulah
kuserahkan perkaraku.
3.
Agar
Kita Dapat Semakin Sempurna – Yak 1:3
sebab kamu
tahu, bahwa ujian terhadap imanmu itu menghasilkan ketekunan.
Harus diingat
juga permulaan taktik iblis cuba menjatuhkan kita?
i.
Keinginan
- Iblis mengenali suatu keinginan di dalam diri kita. Pencubaan
dimulai ketika iblis memberi cadangan (dengan suatu pemikiran) agar kita
menyerah kepada suatu keinginan jahat. Sedarlah selalu akan jalan pintas.
ii.
Keraguan
- Iblis berusaha membuat kita meragukan apa yang Allah
firmankan tentang dosa. Apakah hal tersebut benar-benar salah? Apakah Allah
benar-benar melarang kita melakukannya? “Adakah Tuhan memahami pergumulan saya”
iii.
Tipu
Muslihat - Iblis menawarkan dustanya untuk menggantikan apa yang Allah katakan
di dalam FirmanNya. “tidak ada seorang pun yang tahu”, “semua orang juga
melakukannya”
iv.
Ketidaktaatan
- Pada akhirnya kita bertindak berdasarkan fikiran yang selama ini anda
pertimbangkan di dalam fikiran anda
Pada akhirnya,
ketika kita mengalami pelbagai percubaan dalam hidup, kita hendaklah siap sedia
selalu. Jangan Abaikan Kehidupan Doa Kita. Matius 26:41 Berjaga-jagalah
dan berdoalah, supaya kamu
jangan jatuh ke dalam pencobaan: roh memang penurut, tetapi daging lemah."
Perlengkapi Diri Anda Dengan Perlengkapan Yang
Disediakan Oleh Allah Untuk Melawan pencobaan. Efesus 6:11 Kenakanlah seluruh
perlengkapan senjata Allah, supaya kamu dapat bertahan melawan tipu muslihat
Iblis; “ikat pinggang kebenaran,
berbaju zirahkan keadilan, kasut
kerelaan memberitakan injil, perisai iman, ketopong
keselamatan pedang Roh iaitu Firman
Allah.”
KUNCI KEMENANGAN KITA dalam menghadapi
tipu daya iblis iaitu selalu waspada terhadap rencana iblis kerana iblis adalah;
a) Mencuri
b) Membunuh
c) Membinasakan
d) Dia
adalah pengoda (Matius 4:1-11)
e) Dia
adalah penindas (KPR 10:38)
f) Dia
adalah penghalang ( 1 Tesalonika 2:18)
g) Dia
adalah singa yang mengaum-ngaum (1 Petrus 5:18)
h) Dia
dapat mengubah dirinya menjadi malaikat terang (2 Korintus 11:14)
Robin Maramat, M.C.S (MBTS),
03 September 2016
Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan