Sabtu, 30 Januari 2016

Saya tinggalkan formula 66:3x9=27

Pada 30 Jan 2016, pengkongsian pertama bagi diri saya tahun ini di sebuah Gereja di Kampung Sebayor, Kota Samarahan.

Saya dipersiapkan untuk mengajar dalam kelas pemuridan pemuda-pemudi dan ada juga para ibu yang turut hadir mendengar pengajaran. Topik yang bawakan ialah Alkitab.

Pada penglihatan saya yang hadir rata-ratanya terdiri daripada adalah kaum perempuan dan amat sedikit sekali remaja lelaki yang hadir. Saya tidak mahu membuat kesimpulan buruk mengenai remaja lelaki kenapa ini berlaku? Saya berfikiran positif bahawa kehadiran ramai dalam kalangan kaum perempuan sesuatu yang sangat baik oleh kerana mereka akan bergelar ibu kepada anak-anak mereka suatu hari nanti. Maka sangat baik mereka diperlengkapkan dengan pengajaran firman Tuhan supaya mereka boleh menjadi ibu yang mendorong keluarga dan anak-anak mereka pada masa hadapan.

Penganjaran yang saya bawa berkisar tentang latarbelakang dan sejarah alkitab secara dasar. Sekali lagi apa yang perolehi daripada pertanyaan-pertanyaan yang saya ajukan iaitu rata-rata remaja yang hadir tidak tahu berapa jumlah bahagian yang terdapat dalam Alkitab dari Kejadian sehinggalah Wahyu. Namun, saya simpan segala kepincangan itu ketepi dan teruskan semangat untuk mengajar mereka semua sehingga tamat.

Saya berterima kasih atas kesempatan mengajar dan menjadi salah seorang daripada yang memuridkan mereka. Saya berdoa kepada Tuhan agar mereka terus diberikan kerinduan untuk mengenal Tuhan melalui pembacaan firman Tuhan.

Saya tinggalkan mereka dengan formula 66 bahagian dalam Alkitab yang mengandungi 39 perjanjian lama dan 27 perjanjian baru.

Formula 66: 3x9 = 27.

















Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis setiap hari.




Ahad, 1 November 2015

Pilihlah bahagian yang terbaik


Pada 24 Oktober 2015, saya telah dijemput untuk berkongsi firman Tuhan kepada muda-mudi yang bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun. Kali ini, saya berkongsi firman dari Injil Lukas 10:38-42. Kisah teladan tentang Tuhan Yesus Kristus yang datang ke rumah Marta dan Maria.

Lukas 10:42  tetapi hanya satu saja yang perlu: Maria telah memilih bagian yang terbaik, yang tidak akan diambil dari padanya."

Sebagai anak-anak muda yang akan melangkah ke alam dewasa iaitu belajar ke institusi pengajian tinggi ataupun latihan kemahiran dan bakal mempunyai kerjaya serta mungkin akan berumahtangga sangat penting mengekalkan momentum untuk memilih bahagian yang terbaik seperti yang dipilih oleh Maria.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Undang YESUS dalam hidup saudara dan saudari

Pertama: Undang Yesus dalam hidup anda.

Undang Yesus sebelum mengerjakan sesuatu. Dalam Mazmur 127:1 Raja Salomo bersaksi bahwa Jikalau bukan TUHAN yang membangun rumah, sia-sialah usaha orang yang membangunnya; jikalau bukan TUHAN yang mengawal kota, sia-sialah pengawal berjaga-jaga.

Undang Tuhan dalam kehidupan anda, agar Tuhan merestui apa yang anda lakukan dan mengawal perjalanan hidup anda. Jangan bergantung kepada kekuatan anda, pada wang anda yang ada di bank, atau kekayaan yang anda miliki.

Rabu, 16 September 2015

Sebab mengapa orang Kristian tidak boleh membenci sesama manusia?


Akhir-akhir banyak berlaku diskriminasi, pergeseran antara kaum dan bangsa. Bagi orang Kristian kita harus beringat bahawa usaha memberitakan kasih Tuhan pasti terjanggal jika kita sendiri mengaku umat Kristus tetapi sekiranya kita membenci, menghina mahupun merendahkan kaum, bangsa atau kepercayaan orang lain.

Pertama, pesan Tuhan Yesus Kristus di dalam Injil Yohanes 3:16 menyatakan oleh kerana begitu besarnya kasih Allah akan dunia maksudnya begitu besar kasih Allah kepada semua manusia tidak tertakluk kepada orang Kristian sahaja,

Isnin, 31 Ogos 2015

Karektor dan sikap dalam meresponi pelbagai isu dan cabaran

Sebagai orang percaya yang hidup di negara ini, kita terbeban dengan pelbagai isu yang menguji iman dan kepercayaan kita. 

Isu penggunakan perkataan Allah di dalam Bible/Alkitab Bahasa Malaysia. Baru-baru ini juga kita resah dengan isu tanda salib yang diletakkan di luar gereja. Kegiatan permurtadan orang-orang Kristian di kawasan bandar dan pendalaman. Terdapat juga berlaku dimana anak-anak orang Kristian di cuba dimurtadkan yang berlaku di sekolah mahupun di kolej dan Universiti.