Ahad, 25 Disember 2016

Firman yang menjadi manusia, Yohanes 1:1-2

Setiap tahun pada 25 Disember, kita akan diperdengarkan perkongsian atau khotbah mengenai kelahiran Tuhan Yesus Kristus. Pada kali ini, sarawakdoaku membawa kelainan iaitu perkongsian yang berbicara mengenai Firman yang menjadi manusia. 
Alkitab berbicara bahawa Yesus adalah Firman. Yesus bukan sahaja berbicara malah diriNya sendiri adalah Firman. Jesus is the Word of God. He didn’t just speak the word of God. He is the Word. Sekali lagi ditegaskan, Dia sendiri adalah Firman. Dialah Kalimatullah yang bermaksud Firman Tuhan. 

Jumaat, 25 November 2016

Panggilan Tuhan dalam pelayanan

Shalom. Pada malam hari Jumaat 25/11/2016, jam 8.00malam saya berkesempatan mengajar kembali di sebuah Gereja di Kota Sentosa, Kuching dalam kelas pemuridan. Kali ini saya diberikan tugasan untuk mengajar tentang panggilan Tuhan kepada kita semua yang percaya.

Ahad, 13 November 2016

YHWH, ALLAH DAN SARAWAK. Penjelasan yang sederhana

Nama YHWH muncul dalam Alkitab di perjanjian lama khususnya dalam Keluaran 3:14 dan Malekhi 3:6. YHWH dalam bahasa ibrani di pertuturkan sebagai YAHWEH. Pada awalnya orang-orang Ibrani menerima nama Yahweh melalui Musa, tetapi dikemudian hari mereka tidak lagi berani menyebutkan secara langsung dan menggantikan dengan Adonai (yang diertikan “Tuhan” atau “Tuan”). Bagi orang Ibrani selaku pewaris mula-mula nama Yahweh tersebut, nama Yahweh telah disucikan dan di kuduskan, sehingga tidak boleh diucapkan secara langsung. Sekali lagi bagi menghindari pemakaian nama Yahweh, maka digantikan dengan nama Adonai. Nama Adonai sering muncul dalam kitab para nabi. Istilah ini mengungkapkan ketergantungan dan kepatuhan iaitu sikap seorang nabi kepada Tuhannya.

Jumaat, 23 September 2016

Menghadapi Percobaan Dalam Hidup? Pesan Alkitab

BATU TUJUH,  23 September 2016, saya telah mengajar satu topik iaitu bertajuk percubaan di dalam satu kelas pemuridan yang dihadiri kira-kira 40 orang di gereja First Baptist.

Ahad, 4 September 2016

Antara Taman Eden dan Getsemani? Di mana posisi kita?

Pada 03 September (Sabtu), saya telah dijemput untuk berkongsi firman Tuhan di perkumpulan muda-mudi di Gereja St. Nicholas, Bandar Baru Semariang.

Sabtu, 19 Mac 2016

Dasar yang kukuh akan menghasilkan bangunan yang teguh

Dasar yang kukuh akan menghasilkan bangunan yang teguh,
Bangunan teguh akan tetap utuh walau ribut dan badai menghempas.

Pada 18 March 2016, saya mengajar di sebuah Gereja di Jalan Sungai Tapang, Batu 7, Kuching. Sekali lagi saya mengajar topik pengenalan kepada Alkitab. Rata-rata yang hadir dari golongan muda-mudi sehinggalah ke warga emas.  Untuk kali ini, saya memulakan pengajaran dengan memberikan mereka soalan berupa pertanyaan dasar mengenai alkitab.

Segelintir mereka dapat menjawab manakala sebahagiannya tampak sukar. Ujian saya sediakan sebagai mengukur di mana tahap pengetahuan dasar mereka tentang Alkitab.

Sabtu, 30 Januari 2016

Saya tinggalkan formula 66:3x9=27

Pada 30 Jan 2016, pengkongsian pertama bagi diri saya tahun ini di sebuah Gereja di Kampung Sebayor, Kota Samarahan.

Saya dipersiapkan untuk mengajar dalam kelas pemuridan pemuda-pemudi dan ada juga para ibu yang turut hadir mendengar pengajaran. Topik yang bawakan ialah Alkitab.

Pada penglihatan saya yang hadir rata-ratanya terdiri daripada adalah kaum perempuan dan amat sedikit sekali remaja lelaki yang hadir. Saya tidak mahu membuat kesimpulan buruk mengenai remaja lelaki kenapa ini berlaku? Saya berfikiran positif bahawa kehadiran ramai dalam kalangan kaum perempuan sesuatu yang sangat baik oleh kerana mereka akan bergelar ibu kepada anak-anak mereka suatu hari nanti. Maka sangat baik mereka diperlengkapkan dengan pengajaran firman Tuhan supaya mereka boleh menjadi ibu yang mendorong keluarga dan anak-anak mereka pada masa hadapan.

Penganjaran yang saya bawa berkisar tentang latarbelakang dan sejarah alkitab secara dasar. Sekali lagi apa yang perolehi daripada pertanyaan-pertanyaan yang saya ajukan iaitu rata-rata remaja yang hadir tidak tahu berapa jumlah bahagian yang terdapat dalam Alkitab dari Kejadian sehinggalah Wahyu. Namun, saya simpan segala kepincangan itu ketepi dan teruskan semangat untuk mengajar mereka semua sehingga tamat.

Saya berterima kasih atas kesempatan mengajar dan menjadi salah seorang daripada yang memuridkan mereka. Saya berdoa kepada Tuhan agar mereka terus diberikan kerinduan untuk mengenal Tuhan melalui pembacaan firman Tuhan.

Saya tinggalkan mereka dengan formula 66 bahagian dalam Alkitab yang mengandungi 39 perjanjian lama dan 27 perjanjian baru.

Formula 66: 3x9 = 27.

















Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis setiap hari.