Sabtu, 15 Julai 2017

Kem Permata Harapan 2017 gabungan Sekolah Menengah Teknik Sejingkat dan Muda mudi dari St Francis Kota Samarahan

Pada 15 Julai 2017, saya berkesempatan berkongsi firman Tuhan di dalam Kem Permata Harapan 2017 gabungan Sekolah Menengah Teknik Sejingkat dan Muda mudi dari St Francis Kota Samarahan. Saya berkongsi mengenai bagaimana bertumbuh di dalam iman. Di bawah merupakan slide perkongsian saya.


Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis.

Jumaat, 23 Jun 2017

Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran, karena mereka akan dipuaskan

23 Jun 2017, saya berkesempatan berkongsi firman Tuhan dalam perkumpulan muda-mudi St. Francis, Kota Samarahan. Sekali lagi saya berkongsi tentang kepentingan firman Tuhan. Saya membawa kisah Ezra yang membawa orang Isreal kembali ke tanahair mereka dari pembuangan.

Mereka mengadakan pesta membaca kitab Taurat sebagai tanda kesyukuran mereka setelah selama lebih 70 tahun tidak mendengar Taurat.

Pesan moden hari ini, sebagai golongan muda-mudi kita harus senantiasa membaca dan merenungkan firman Tuhan kerana itu satu-satunya cara untuk kita mengenal Tuhan. Sumber pengetahuan tentang Tuhan iaitu tindakan Tuhan dalam sejarah.

Tuhan Yesus berpesan tentang kebahagiaan di dalam Injil Matius 5:6  Berbahagialah orang yang lapar dan haus akan kebenaran, karena mereka akan dipuaskan.

Terima kasih atas kesempatan ini.

Ahad, 28 Mei 2017

Perkongsian daripada Kisah Ezra

Shalom semua. ‘…Selalunya menguruskan orang mati, namun pada ini menguruskan/memberikan orang yang hidup makanan rohani…’

Orang mati tidak bernyawa dan terbaring kaku – mudah di uruskan. Orang hidup bernyawa dan bergerak – sukar di uruskan.

Apa lagi Perdana Menteri untuk menguruskan 30 Juta Rakyat Malaysia, Ketua Menteri menguruskan kira-kira 2 juta daripada 34 etnik di negeri ini. Seorang gembala yang menguruskan gereja. Seorang Bapa yang menguruskan keluarganya. Sudah tentu ada tekanan dan karenahnya tersendiri.

Sebelum kita kembali ke rumah Bapa Syurgawi, kita perlu buat persediaan dan mengurus diri terlebih dahulu. Terdapat tiga perkara asas yang harus kita uruskan ATAU Sedia sebagai orang yang telah percaya harus lakukan supaya terus bertumbuh di dalam Tuhan. (1) Rajin berdoa – hubungan intim dengan Bapa di Syurga (2) Rajin mempelajari firman Tuhan (3) Rajin bersekutu dengan sesame orang percaya.

Pada kesempatan kali ini, saya ingin berfokus kepada perkara yang kedua iaitu Rajin mendengar dan mempelajari firman Tuhan.

Ahad, 25 Disember 2016

Firman yang menjadi manusia, Yohanes 1:1-2

Setiap tahun pada 25 Disember, kita akan diperdengarkan perkongsian atau khotbah mengenai kelahiran Tuhan Yesus Kristus. Pada kali ini, sarawakdoaku membawa kelainan iaitu perkongsian yang berbicara mengenai Firman yang menjadi manusia. 
Alkitab berbicara bahawa Yesus adalah Firman. Yesus bukan sahaja berbicara malah diriNya sendiri adalah Firman. Jesus is the Word of God. He didn’t just speak the word of God. He is the Word. Sekali lagi ditegaskan, Dia sendiri adalah Firman. Dialah Kalimatullah yang bermaksud Firman Tuhan. 

Jumaat, 25 November 2016

Panggilan Tuhan dalam pelayanan

Shalom. Pada malam hari Jumaat 25/11/2016, jam 8.00malam saya berkesempatan mengajar kembali di sebuah Gereja di Kota Sentosa, Kuching dalam kelas pemuridan. Kali ini saya diberikan tugasan untuk mengajar tentang panggilan Tuhan kepada kita semua yang percaya.

Ahad, 13 November 2016

YHWH, ALLAH DAN SARAWAK. Penjelasan yang sederhana

Nama YHWH muncul dalam Alkitab di perjanjian lama khususnya dalam Keluaran 3:14 dan Malekhi 3:6. YHWH dalam bahasa ibrani di pertuturkan sebagai YAHWEH. Pada awalnya orang-orang Ibrani menerima nama Yahweh melalui Musa, tetapi dikemudian hari mereka tidak lagi berani menyebutkan secara langsung dan menggantikan dengan Adonai (yang diertikan “Tuhan” atau “Tuan”). Bagi orang Ibrani selaku pewaris mula-mula nama Yahweh tersebut, nama Yahweh telah disucikan dan di kuduskan, sehingga tidak boleh diucapkan secara langsung. Sekali lagi bagi menghindari pemakaian nama Yahweh, maka digantikan dengan nama Adonai. Nama Adonai sering muncul dalam kitab para nabi. Istilah ini mengungkapkan ketergantungan dan kepatuhan iaitu sikap seorang nabi kepada Tuhannya.

Jumaat, 23 September 2016

Menghadapi Percobaan Dalam Hidup? Pesan Alkitab

BATU TUJUH,  23 September 2016, saya telah mengajar satu topik iaitu bertajuk percubaan di dalam satu kelas pemuridan yang dihadiri kira-kira 40 orang di gereja First Baptist.

Ahad, 4 September 2016

Antara Taman Eden dan Getsemani? Di mana posisi kita?

Pada 03 September (Sabtu), saya telah dijemput untuk berkongsi firman Tuhan di perkumpulan muda-mudi di Gereja St. Nicholas, Bandar Baru Semariang.

Sabtu, 19 Mac 2016

Dasar yang kukuh akan menghasilkan bangunan yang teguh

Dasar yang kukuh akan menghasilkan bangunan yang teguh,
Bangunan teguh akan tetap utuh walau ribut dan badai menghempas.

Pada 18 March 2016, saya mengajar di sebuah Gereja di Jalan Sungai Tapang, Batu 7, Kuching. Sekali lagi saya mengajar topik pengenalan kepada Alkitab. Rata-rata yang hadir dari golongan muda-mudi sehinggalah ke warga emas.  Untuk kali ini, saya memulakan pengajaran dengan memberikan mereka soalan berupa pertanyaan dasar mengenai alkitab.

Segelintir mereka dapat menjawab manakala sebahagiannya tampak sukar. Ujian saya sediakan sebagai mengukur di mana tahap pengetahuan dasar mereka tentang Alkitab.

Sabtu, 30 Januari 2016

Saya tinggalkan formula 66:3x9=27

Pada 30 Jan 2016, pengkongsian pertama bagi diri saya tahun ini di sebuah Gereja di Kampung Sebayor, Kota Samarahan.

Saya dipersiapkan untuk mengajar dalam kelas pemuridan pemuda-pemudi dan ada juga para ibu yang turut hadir mendengar pengajaran. Topik yang bawakan ialah Alkitab.

Pada penglihatan saya yang hadir rata-ratanya terdiri daripada adalah kaum perempuan dan amat sedikit sekali remaja lelaki yang hadir. Saya tidak mahu membuat kesimpulan buruk mengenai remaja lelaki kenapa ini berlaku? Saya berfikiran positif bahawa kehadiran ramai dalam kalangan kaum perempuan sesuatu yang sangat baik oleh kerana mereka akan bergelar ibu kepada anak-anak mereka suatu hari nanti. Maka sangat baik mereka diperlengkapkan dengan pengajaran firman Tuhan supaya mereka boleh menjadi ibu yang mendorong keluarga dan anak-anak mereka pada masa hadapan.

Penganjaran yang saya bawa berkisar tentang latarbelakang dan sejarah alkitab secara dasar. Sekali lagi apa yang perolehi daripada pertanyaan-pertanyaan yang saya ajukan iaitu rata-rata remaja yang hadir tidak tahu berapa jumlah bahagian yang terdapat dalam Alkitab dari Kejadian sehinggalah Wahyu. Namun, saya simpan segala kepincangan itu ketepi dan teruskan semangat untuk mengajar mereka semua sehingga tamat.

Saya berterima kasih atas kesempatan mengajar dan menjadi salah seorang daripada yang memuridkan mereka. Saya berdoa kepada Tuhan agar mereka terus diberikan kerinduan untuk mengenal Tuhan melalui pembacaan firman Tuhan.

Saya tinggalkan mereka dengan formula 66 bahagian dalam Alkitab yang mengandungi 39 perjanjian lama dan 27 perjanjian baru.

Formula 66: 3x9 = 27.

















Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis setiap hari.




Ahad, 1 November 2015

Pilihlah bahagian yang terbaik


Pada 24 Oktober 2015, saya telah dijemput untuk berkongsi firman Tuhan kepada muda-mudi yang bakal menghadapi peperiksaan akhir tahun. Kali ini, saya berkongsi firman dari Injil Lukas 10:38-42. Kisah teladan tentang Tuhan Yesus Kristus yang datang ke rumah Marta dan Maria.

Lukas 10:42  tetapi hanya satu saja yang perlu: Maria telah memilih bagian yang terbaik, yang tidak akan diambil dari padanya."

Sebagai anak-anak muda yang akan melangkah ke alam dewasa iaitu belajar ke institusi pengajian tinggi ataupun latihan kemahiran dan bakal mempunyai kerjaya serta mungkin akan berumahtangga sangat penting mengekalkan momentum untuk memilih bahagian yang terbaik seperti yang dipilih oleh Maria.

Sabtu, 10 Oktober 2015

Undang YESUS dalam hidup saudara dan saudari

Pertama: Undang Yesus dalam hidup anda.

Undang Yesus sebelum mengerjakan sesuatu. Dalam Mazmur 127:1 Raja Salomo bersaksi bahwa Jikalau bukan TUHAN yang membangun rumah, sia-sialah usaha orang yang membangunnya; jikalau bukan TUHAN yang mengawal kota, sia-sialah pengawal berjaga-jaga.

Undang Tuhan dalam kehidupan anda, agar Tuhan merestui apa yang anda lakukan dan mengawal perjalanan hidup anda. Jangan bergantung kepada kekuatan anda, pada wang anda yang ada di bank, atau kekayaan yang anda miliki.

Rabu, 16 September 2015

Sebab mengapa orang Kristian tidak boleh membenci sesama manusia?


Akhir-akhir banyak berlaku diskriminasi, pergeseran antara kaum dan bangsa. Bagi orang Kristian kita harus beringat bahawa usaha memberitakan kasih Tuhan pasti terjanggal jika kita sendiri mengaku umat Kristus tetapi sekiranya kita membenci, menghina mahupun merendahkan kaum, bangsa atau kepercayaan orang lain.

Pertama, pesan Tuhan Yesus Kristus di dalam Injil Yohanes 3:16 menyatakan oleh kerana begitu besarnya kasih Allah akan dunia maksudnya begitu besar kasih Allah kepada semua manusia tidak tertakluk kepada orang Kristian sahaja,

Isnin, 31 Ogos 2015

Karektor dan sikap dalam meresponi pelbagai isu dan cabaran

Sebagai orang percaya yang hidup di negara ini, kita terbeban dengan pelbagai isu yang menguji iman dan kepercayaan kita. 

Isu penggunakan perkataan Allah di dalam Bible/Alkitab Bahasa Malaysia. Baru-baru ini juga kita resah dengan isu tanda salib yang diletakkan di luar gereja. Kegiatan permurtadan orang-orang Kristian di kawasan bandar dan pendalaman. Terdapat juga berlaku dimana anak-anak orang Kristian di cuba dimurtadkan yang berlaku di sekolah mahupun di kolej dan Universiti.

Isnin, 6 Julai 2015

Sudahkah orang yang mengaku Kristian memiliki tiga hal ini?


PERTAMA, RAJIN MENJALIN HUBUNGAN DENGAN TUHAN DALAM DOA

Saudara boleh saja menjadi orang yang sangat baik. Saudara boleh saja menjadi orang yang sangat sempurna. Namun, jika Saudara jarang atau malah tidak pernah menjalin hubungan dengan Tuhan, bererti saudara/i bukan orang percaya. Jika Saudara tidak menemukan Tuhan dalam hidup saudara, bermakna saudara bukan orang percaya. Jika Saudara tidak mengalami Tuhan sebagai peribadi yang hidup, berarti saudara bukan orang percaya.

Aduh, ternyata sangat sukar sekali! Lalu, bagaimana cara menjalin hubungan dengan Tuhan? Tidak ada cara lain selain berdoa! Doa adalah satu-satunya cara untuk berhubungan dengan Tuhan.

Isnin, 15 Jun 2015

Sharing our faith

Andrew was the first disciple of Jesus to share his faith and bring another to Christ. And look who it was that he brought.


John 1:41, "He first findeth his own brother Simon, and saith unto him, We have found the Messias, which is, being interpreted, the Christ." JOHN 1:37-42

Peter became one of the greatest apostles of Jesus. He preached on the day of Pentecost and saw 3,000 born again. He healed a lame man at the gate of the temple and 5,000 were born again as a result. He raised Dorcas from the dead, introduced Christianity to the Gentiles, and wrote two books of the Bible which have ministered to millions of people through the centuries.

Sabtu, 16 Mei 2015

Fungsi Gereja pada hari ini



Kamu bercahaya di antara mereka seperti bintang-bintang di dunia (Filipi 2:15)

Banyak orang berpikir gereja adalah lembaga kuno atau sebuah bangunan pameran yang tidak lagi relevan dengan dunia moden. Namun, saya yakin gereja yang setia mengajarkan Alkitab dan mewartakan kabar baik keselamatan melalui Kristus benar-benar memberi apa yang semua kita perlukankan untuk menemukan jalan pulang kepada Kristus.

Isnin, 20 April 2015

Benih Injil yang ditanam dan disiram. 1 Korintus 3:6-9

Saya amat tertarik dengan apa yang dinyatakan Rasul Paulus di dalam 1 Korintus 3:6-9.

Aku menanam, Apolos menyiram, tetapi Allah yang memberi pertumbuhan. Karena itu yang penting bukanlah yang menanam atau yang menyiram, melainkan Allah yang memberi pertumbuhan. Baik yang menanam maupun yang menyiram adalah sama; dan masing-masing akan menerima upahnya sesuai dengan pekerjaannya sendiri.
Karena kami adalah kawan sekerja Allah; kamu adalah ladang Allah, bangunan Allah.

Hujahnya ternyata sederhana tetapi pemahamannya mendalam dan tetap relevan sepanjang zaman. Memang ini adalah firman Tuhan sudah pasti Rasul Paulus menerima ilham ini terus dari Tuhan.

Saya tidak disini untuk membahaskan petikan firman ini cumanya saya mengajak saudara/I seiman yang menelesuri apa yang dimaksudkan Rasul Paulus dari segi penginjilan.

Penginjilan adalah suatu proses dan hasilnya terletak kepada kehendak Tuhan. Menjadi doa kita seperti jadilah kehendak Bapa. Maka oleh sebab itu setiap kita mungkin berperanan sebagai penanam benih injil, ada juga yang bertindak menyiram benih injil yang telah ditanam itu dan yang empuNya ladang itu adalah Tuhan yang memberikan pertumbuhan kepada benih yang ditanam dan yang telah disiram. Ini adalah proses.

Proses ini mungkin mengambil masa sekejap dan kadangkala mengambil masa yang lama. Tugas kita hanya menanam dan menyiram lebih dari itu tindakan Tuhan yang menumbuhkan. Itu semua kehendak dan kuasa Tuhan.

Tidak perlu kita sebagai pelayan Tuhan berbalah atau saling menyalahkan antara satu sama lain seandainya apa yang kita tanam dan siram tidak bertumbuh. Tetapi yang paling penting marilah kita saling berpegang tangan dan bersatu hati di dalam doa serta dalam lingkungan sebagai penginjil atau pelayan dimana pun kita dalam denominasi apa sekalipun agar setiap benih injil yang ditanam dan di siram itu ditumbuhkan oleh Tuhan.

Dengan jelas sekali, perkongsian ringkas dan sederhana ini menerangkan maksudnya.















Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis setiap hari. 

Selasa, 3 Mac 2015

Panggilan dalam pelayanan tubuh Kristus.

Pada mulanya, kita semua manusia bermula dari Pencipta iaitu Allah.
Di sini sudah wujud kita (manusia) di panggil Allah/Tuhan hidup dalam bumi ciptaanNya.
Di rencanakan bagi kesenangan Allah BUKAN mendukakan Allah.
Kita dipanggil atau diperintahkan untuk berkuasa ke atas ciptaanNya (Kejadian 1: 27)

Kalau kita melihat dalam Alkitab tokoh-tokoh yang dipanggil Tuhan seperti;
1.      Musa (Seorang gembala di padang belantara): ‘Pergi, bebaskan umatKu’ (Keluaran 3:1-12)
2.      Samuel (Seorang anak laki-laki yang melayani di bait Allah): Bangunlah dan berbicaralah untuk Ku’ (1 Sam 3:1-19)
3.      Jeremiah (Jer 1:5  "Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, Aku telah mengenal engkau, dan sebelum engkau keluar dari kandungan, Aku telah menguduskan engkau, Aku telah menetapkan engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa."
4.      Dua belas murid-murid Yesus
5.      Saulus menjadi Paulus

          Panggilan Allah berlaku oleh sebab kerajaan Allah telah beroperasi di bumi (Kejadian 1:28). Bumi harus diurus dan di jaga. Yang perlu beranak cucu itu siapa? Yang harus memenuhi bumi itu adalah manusia yang segambaran dengan Allah.

          Yang Tuhan kehendaki ialah supaya kerajaan Syurga juga beroperasi di bumi ini:
1) Datanglah kerajaanMu, jadilah kehendakMu, di bumi seperti di dalam syurga [Matius 6:10]
2) Lihatlah kemah Allah ada di tangan manusia di bumi [Wahyu 21:3]

Sebab di dalam Dia Allah telah memilih kita sebelum dunia dijadikan, supaya kita kudus dan tak bercacat di hadapan-Nya. Dalam kasih Ia telah menentukan kita dari semula oleh Yesus Kristus untuk menjadi anak-anak-Nya, sesuai dengan kerelaan kehendak-Nya. Efesus 1:4-5

Terdapat lima dimensi panggilan Allah iaitu;

1. Di proses bagi menjadikan kita suatu peribadi yang sesuai dengan panggilanNya
2. Menjadi berkat dan saluran berkat
3. Berkomunikasi dengan Tuhan terus menerus-doa
4. Mempengaruhi kehidupan orang lain dengan perhubungan intim kita dengan Tuhan
5. Menjadi terang kepada dalam keluarga, komuniti dan Negara.

Apa yang terjadi ketika kita dipanggil Tuhan;
1.      Kita Dibentuk Oleh Dia
2.      Kita Diajar Oleh Dia
3.      Kita Diutus oleh Dia

Bagaimana kita dapat efektif bagi TUHAN?
1.      Tenaga – menggunakan tenaga kita dalam pelayanan.
2.      Kewangan – sumber kewangan yang kita miliki kita salurkan dalam pelayanan
3.      Masa – memperuntukkan masa dalam doa dan pelayanan.

Kesimpulannya, siapapun kita diciptakan Tuhan, kita semua terpanggil dalam pelayanan tubuh Kristus. Kita terpanggil secara sepenuh tenaga, kewangan dan masa untuk melayani Tuhan bukan bermakna kita harus meninggalkan pekerjaan yang sedia ada namun pelayanan dalam konteks di mana kita berada, dimana kita bekerja atau belajar dan pada tempat yang Tuhan letakkan kita.

          Terdapat banyak jiwa-jiwa yang belum mengenal Kristus yang harus kita dekati dengan pelbagai cara yang Tuhan panggil buat kita. Tidak kita kita seorang Guru Alkitab, Padri atau Pastor, Penginjil, Pemimpin Gereja, Pemimpin kelompok sel, guru sekolah minggu, pendoa syafaat dan sebagainya misinya tetap sama iaitu menghadirkan kerajaan Allah di bumi.














Catatan: Saya selalu mendoakan saudara/i agar dapat mengalami perubahan dan pertumbuhan kehidupan rohani yang signifikan di dalam Kristus dengan rutin membaca renungan-renungan yang saya tulis setiap hari.

Selasa, 1 Januari 2013

Tanda-tanda jodoh orang Kristian


Pandangan saya mengenai soal tanda jodoh orang Kristian

Bagi mereka yang ingin mencari pasangan hidup sudah tentu berhadapan dengan pelbagai komen, cadangan dan saranan daripada ahli keluarga, kawan-kawan. Kadang kala kita terpengaruh dengan apa yang kita baca, kita lihat dan kesaksian yang kita dengar. Tidak kurang juga banyak yang terjatuh dalam dosa dan terperangkap disebabkan salah pilihan sehingga terpaksa menukar kepercayaan. Kali ini saya berkongsi dari perspektif Alkitab tanda-tanda jodoh yang datang dari Tuhan.

Saya menulis perkongsian ini, berdasarkan penelitian firman Tuhan  Alkitab, antara lain: 2 Korintus 6:14; Markus 10:1-9; Kolose 3:14-15; dan Efesus 5:22-23.

PERTAMA. Pasangan yang kita ketemu tersebut adalah seiman iaitu percaya kepada Tuhan Yesus Kristus. Ini adalah mandatori dan mutlak. Kalau sebaliknya, itu bukan jodoh.

KEDUA.
Seseorang itu benar-benar jodoh dari Tuhan maka Tuhan sendiri yang mendominasi proses pertemuan antara kita dengannya.

KETIGA. Seseorang benar-benar jodoh dari Tuhan untuk kita jika ia benar-benar mencintai kita apa adanya. Pasangan kita mau menerima semua kekurangan kita. Ia memiliki pengertian yang dalam tentang apapun keadaan kita. Dia setia mendampingi kita apapun yang terjadi.

Perhatikanlah sebaik-baik mungkin ketiga-tiga tanda yang saya nyatakan. Sangat sederhana. Saudara dan saudari mempunyai kesempatan berfikir panjang sebelum mengambil keputusan soal jodoh sesuai dengan kehendak Tuhan.  Hal yang terpenting adalah lakukan semuanya untuk kemuliaan Tuhan, bukan untuk memuaskan keinginan kita! Tuhan Yesus memberkati. Amin.

Matius 19:5-6
Dan firman-Nya: "Sebab itu laki-laki akan meninggalkan ayah dan ibunya dan bersatu dengan isterinya, sehingga keduanya itu menjadi satu daging. Demikianlah mereka bukan lagi dua, melainkan satu. Karena itu, apa yang telah dipersatukan Allah, tidak boleh diceraikan manusia."